Laman ini membantu anda untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan campurtangan asing, bagaimana ia mungkin menjejaskan anda dan komuniti anda, serta langkah-langkah mudah yang anda boleh ambil untuk mengekalkan kesedaran dan keselamatan anda.
Campurtangan asing berlaku apabila kerajaan negara-negara lain cuba untuk memudaratkan Australia bagi memajukan kepentingan diri mereka sendiri. Ia boleh melibatkan campurtangan sulit di dalam proses membuat keputusan Australia atau mengancam orang rama di Australia.
Campurtangan asing sedang berlaku di Australia, dan boleh meninggalkan impak ke atas kita semua.
Kerajaan asing mungkin akan berusaha untuk melemahkan, memantau, mengertak atau mengancam orang dan kumpulan-kumpulan komuniti.
Ini tidak ok. Setiap orang di Australia berhak untuk berasa selamat.
Kerajaan Australia berada di sini untuk menyokong anda.
Laman web ini ialah untuk para individu dan anggota masyarakat yang berasa bimbang tentang, telah menyaksikan, atau sedang mengalami campurtangan asing.
Dapatkan sumber-sumber bagi industri, kerajaan, pengajian dan penyelidikan tinggi serta media di pautan Menangani Campurtangan Asing(Opens in a new tab/window).