Jika anda mempunyai maklumat berkaitan aktiviti campurtangan asing, sila laporkannya kepada Talian Panas Keselamatan Kebangsaan (National Security Hotline(Opens in a new tab/window)):
- Hubungi: 1800 123 400.
- Hubungi: (+61) 1300 1234 01 dari luar Australia
- SMS: 0498 562 549
Bantuan dalam bahasa anda
Jika anda memerlukan khidmat seorang jurubahasa, sila panggil Perkhidmatan Terjemahan dan Jurubahasa (Translating and Interpreting Service(Opens in a new tab/window)) (TIS National) pada 131 450.
TIS National menyampaikan perkhidmatan jurubahasa melalui telefon yang disediakan 24 jam sehari, setiap hari sepanjang tahun.
Mereka boleh memanggil Talian Panas Keselamatan Kebangsaan (National Security Hotline) pada 1800 123 400 untuk membantu anda dengan laporan anda.
Selepas anda membuat laporan
Laporan yang dibuat kepada Talian Panas Keselamatan Kebangsaan (National Security Hotline(Opens in a new tab/window)) boleh dibuat secara anonim dan akan disampaikan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan agensi-agensi keselamatan untuk pertimbangan mereka.
Setiap maklumat adalah berguna, dan tiada tindakan akan diambil sekiranya laporan tersebut didapati tidak sah.
Anda tidak akan menerima sebarang maklum balas atau pengemaskinian terhadap maklumat yang anda sampaikan. Ini dibuat untuk melindungi keselamatan penyiasatan dan rahsia kesulitan setiap orang yang membuat laporan kepada Talian Panas Keselamatan Kebangsaan (National Security Hotline).
Namun begitu, maklumat yang anda sampaikan mungkin penting dan boleh membantu dalam siasatan lain. Tiada satu perkara pun yang akan dianggap terlalu remeh untuk dilaporkan.