Risiko di Universiti-universiti Australia

Sebagai seorang pelajar di sebuah universiti Australia, anda merupakan sebahagian daripada sebuah komuniti yang hidup mekar dengan kebebasan untuk menyuarakan ide-ide dan kepercayaan-kepercayaan secara bebas dan saling hormat-menghormati.

Semua pihak, termasuk para pelajar dan penyelidik, berhak untuk bebas bersuara dan berasa selamat. Sesiapa pun tidak sepatutnya menekan, mengugut, memantau, atau mengganggu anda - khususnya sebuah kerajaan asing atau sesiapa yang bekerja untuk mereka.

Para pelajar dan penyelidik juga diharap akan mematuhi undang-undang Australia sewaktu berada di Australia.

Melaporkan kebimbangan

Jika anda didekati untuk melibatkan diri anda dalam campurtangan asing atau menyaksikan aktiviti-aktiviti campurtangan asing, sila laporkan hal ini kepada Talian Panas Keselamatan Kebangsaan(Opens in a new tab/window) (National Security Hotline), atau anda juga boleh gunakan Portal NITRO(Opens in a new tab/window) (Notifiable Incidents, Threats or Reportable Offenses) sebagai satu lagi mekanisme untuk kebimbangan terhadap potensi pengintipan, ancaman dalaman dan campurtangan asing.

Jika anda sedang mengalami atau menyaksikan campurtangan asing dan melaporkannya kepada pihak berkuasa Australia, anda akan dilindungi dan visa anda tidak akan dibatalkan.

Selain membuat laporan kepada Talian Panas Keselamatan Kebangsaan(Opens in a new tab/window), anda patut melaporkan aktiviti-aktiviti campurtangan asing kepada wakil-wakil universiti anda. Hal ini termasuk menghubungi perkhidmatan keselamatan atau pelajar, atau talian laporan khusus pihak universiti. Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan untuk mengekalkan keselamatan pelajar dan mempunyai garis-garis panduan privasi yang ketat.

Risiko di Universiti-universiti Australia

Sign up

Sign up for news and updates from our agency.