Sokongan tambahan

Sokongan kesihatan mental

Campurtangan asing boleh meninggalkan impak ke atas kesihatan mental dan kesejahteraan anda.

Jika anda berasa khuatir, resah atau gelisah tentang apa-apa yang dibincangkan dalam laman web ini, bantuan disediakan.

Sokongan ialah percuma, rahsia dan disediakan 24/7. Perkhidmatan-perkhidmatan terpilih menawarkan sokongan dalam pelbagai bahasa.

Keselamatan dalam talian

Pesuruhjaya eKeselamatan mempunyai beberapa sumber(Opens in a new tab/window) untuk membantu anda dan komuniti anda bernavigasi di dalam internet.

Maklumat Pilihanraya Australia

Suruhanjaya Pilihanraya Australia (The Australian Electoral Commission(Opens in a new tab/window)) (AEC) ialah sumber yang boleh dipercayai untuk maklumat tentang cara bagaimana untuk mendaftarkan diri dan mengundi di dalam pilihanraya persekutuan Australia. AEC juga mempunyai maklumat yang disediakan di dalam pelbagai bahasa(Opens in a new tab/window) dan format.

Anda boleh memanggil AEC pada talian 13 23 26, atau melalui sebuah perkhidmatan jurubahasa telefon dalam bahasa anda di dalam pautan yang diberi di atas.

Suruhanjaya Pilihanraya Australia (The Australian Electoral Commission) (AEC) mempromosikan ketelusan maklumat dengan menguatkuasakan perundangan di bawah Akta Pilihanraya Komanwel 1918 yang mengehendaki komunikasi pilihanraya untuk diberikuasa(Opens in a new tab/window) oleh pihak penerbitnya. AEC juga menggalakkan semua pengundi untuk ‘Stop and Consider’ ('Berhenti dan Timbangkan')(Opens in a new tab/window) sumber-sumber semua iklan dan bahan pilihanraya.

Australian Human Rights Commission (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia)

Pihak Australian Human Rights Commission (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Australia)(Opens in a new tab/window) mempunyai sumber-sumber untuk membantu anda memahami dan melindungi hak-hak asasi manusia anda.

Australian Federal Police (Polis Persekutuan Australia)

AFP telah menyediakan risalah fakta tentang cara bagaimana untuk melaporkan ancaman dan gertakan daripada kerajaan asing.(Opens in a new tab/window)

Sumber-sumber guaman

Untuk mendapatkan maklumat guaman, perkhidmatan rujukan dan bantuan ringkas seperti nasihat melalui telefon, anda mungkin ingin menghubungi pihak Bantuan Guaman (Legal Aid) negeri atau wilayah tempatan anda.

Maklumat lanjut mengenai pihak berkuasa Australia

Agensi kepolisian kebangsaan Australia, pihak Polis Persekutuan Australia (The Australian Federal Police) (AFP), memainkan peranan utama dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman semua orang di Australia.

Anda boleh melaporkan kebimbangan campurtangan asing secara langsung kepada AFP dengan mengisi sebuah Laporan Jenayah Komanwel (Commonwealth Crime Report(Opens in a new tab/window)).

Jika insiden ini melibatkan kecaman dalam talian yang serius, anda juga boleh membuat satu laporan kepada Pesuruhjaya eKeselamatan.

Organisasi Perisikan Keselamatan Australia (The Australian Security Intelligence Organisation) (ASIO) merupakan perkhidmatan keselamatan negara, dan melindungi orang di Australia daripada ancaman terhadap keselamatan mereka.

Anda boleh melaporkan kebimbangan campurtangan asing berkaitan dengan perniagaan, institusi pendidikan atau penyelidikan secara langsung kepada ASIO melalui Portal NITRO(Opens in a new tab/window) (Notifiable Incidents, Threats or Reportable Offenses).

Sokongan tambahan

Sign up

Sign up for news and updates from our agency.