Kegiatan diplomatik

Sesetengah kerajaan asing yang mempunyai kehadiran diplomatik di Australia mungkin akan melibatkan diri mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang mencari usaha untuk mengehadkan kebebasan penyertaan dan menzahirkan suara anda di dalam masyarakat Australia.

Kerajaan Australian memandang serius terhadap kelakuan tidak sesuai oleh para diplomat.

Kerajaan asing boleh berusaha untuk memajukan kepentingan mereka di Australia melalui cara yang terbuka, telus dan menghormati rakyat, masyarakat dan sistem-sistem demokratik kami.

Ia tidak ok bagi mana-mana wakil kerajaan asing untuk memantau, mengacau atau mengertak orang di Australia atau memaksa seseorang individu untuk memajukan kepentingan kerajaan asing di sini.

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang kelakuan tidak wajar mana-mana pegawai diplomatik atau konsular di Australia, sila laporkannya kepada Cawangan Protokol Jabatan Hal-Ehwal Luar Negara dan Perdagangan di protocol.branch@dfat.gov.au.

Kegiatan diplomatik

Sign up

Sign up for news and updates from our agency.