Perjalanan ke luar negara

Individu yang mengalami campurtangan asing boleh menghadapi peningkatan mendadak dalam ancaman pemantauan di luar negara.

Mengembara untuk melawat keluarga atau sahabat-handai di luar negara mungkin akan membawa beberapa risiko bergantung kepada negara destinasi pengembaraan anda. Ini mungkin termasuk digertak atau disoal siasat dengan sewenang-wenangnya oleh pegawai penguatkuasaan undang-undang, mengalami pengeledahan alat-alat peranti elektronik peribadi anda, dipantau, atau ditahan atau dipenjarakan.

Di dalam sesetengah negara, keupayaan pegawai konsular Australia untuk menyampaikan bantuan konsular mungkin akan menjadi agak terhad. Dwi-kewarganegaraan juga mungkin akan mempunyai kesan ke atas cara bagaimana dan bila pegawai Australia boleh menyampaikan bantuan konsular di luar negara. Jika anda berada di dalam negara kewarganegaran anda yang satu lagi, kerajaan mereka mungkin tidak akan membenarkan kerajaan Australia untuk menolong anda.

Nasihat Kerajaan Australia mengenai perjalanan selamat

Nasihat perjalanan bagi lebih 175 destinasi, keselamatan siber(Opens in a new tab/window), para akademik(Opens in a new tab/window) dan para wartawan(Opens in a new tab/window), dan nasihat umum tentang cara bagaimana untuk menjaga keselamatan anda semasa mengembara boleh didapati pada laman web Smartraveller(Opens in a new tab/window).

Pastikan anda selalu baca panduan nasihat perjalanan Smartraveller(Opens in a new tab/window) bagi destinasi anda dengan teliti dan patuhi nasihat yang diberi, khususnya bagi mana-mana destinasi atau tempat yang ditentukan sebagai tempat Jangan Pergi (Do Not Travel).

Daftarkan diri anda untuk berita terkini panduan nasihat perjalanan percuma Smartraveller(Opens in a new tab/window) sekiranya berlaku sebarang perubahan sebelum anda berlepas atau sewaktu anda mengembara.

Perjalanan ke luar negara

Sign up

Sign up for news and updates from our agency.