Ia sama sekali tidak boleh diterima bagi mana-mana kerajaan asing untuk menyasarkan para anggota komuniti kami dalam cara yang menghalang para individu untuk melaksanakan hak-hak dan kebebasan-kebebasan mereka di Australia.
Setiap individu di Australia berhak untuk berasa selamat, berhak untuk berada di sini, dan untuk ikut serta dalam kehidupan komuniti dan sivik. Kekuatan ini merupakan landasan utama masyarakat kita.
Kerajaan Australia telah dilantik menerusi pilihanraya yang bebas dan adil dan direka supaya keupayaan anda untuk mengundi adalah dilindungi dan siapa yang anda undikan ialah maklumat peribadi.
Campurtangan asing boleh membawa kemudaratan kepada Australia, dan sesiapa sahaja yang tinggal di sini.
Kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan dalam membanteras campurtangan asing di Australia supaya kami boleh terus tinggal di dalam sebuah masyarakat yang selamat dan menerima semua.
Campurtangan asing ialah sebuah jenayah di Australia dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun di bawah Akta Kod Jenayah Komanwel 1995 (Commonwealth Criminal Code Act 1995(Opens in a new tab/window)).