Apakah yang dimaksudkan dengan campurtangan asing?
Kadangkalanya ia sukar untuk mengenalpasti campurtangan asing.
Campurtangan asing boleh mengambil pelbagai rupa.
Contoh 1: Sesetengah kerajaan mungkin mengancam atau mengganggu orang yang menyatakan pandangan berbeza
Seorang peguam telah menyampaikan ucapan di sebuah perhimpunan hak asas manusia di Australia. Selepas ucapan itu, beliau telah diekori seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang mengambil gambar beliau dan kereta bapa beliau pula telah dijadikan sasaran vandalisme di bawah arahan sebuah kerajaan asing.
Beliau menerima ugutan untuk jangan menyebarkan fitnah mengenai kerajaan asing tersebut dan keluarga beliau di luar negara telah disoalsiasat mengenai saudara-mara mereka di Australia. Sewaktu beliau menghadiri sebuah perhimpunan lain, abang beliau di luar negara telah dipenjarakan oleh kerajaan asing tersebut.
Contoh 2: Sesetengah kerajaan asing mungkin akan cuba untuk mengehadkan hak menzahirkan suara
Poster-poster telah diletakkan di sebuah kampus universiti Australia oleh seorang artis yang mengkritik sebuah kerajaan asing.
Kumpulan pelajar yang bertindak bagi kepentingan kerajaan asing itu telah diarahkan oleh kedutaan besar berkaitan untuk menuntut agar poster-poster itu diturunkan, kerana mereka tidak bersetuju dengan kandungannya.
Namun begitu, pihak universiti tidak menurunkan poster-poster itu kerana tindakan ini akan melanggar hak kebebasan bersuara pelukis itu.
Apakah yang dimaksudkan dengan Hak Kebebasan pendapat dan menzahirkan suara?
Kebebasan pandangan dan menzahirkan suara merupakan hak untuk dipegang oleh setiap orang untuk menyatakan pandangan mereka sendiri, dan bertindak dalam kelakuan-kelakuan berkaitan tanpa ditapis oleh pihak lain. Kelakuan-kelakuan ini boleh termasuk kebebasan untuk membincangkan hal-ehwal awam, kebebasan untuk memegang pandangan yang bertentangan dengan pihak lain, dan kebebasan untuk terlibat dalam tunjuk perasaan dan pertemuan aman.
Contoh 3: Sesetengah kerajaan asing mungkin menggunakan kempen-kempen dalam talian untuk membisukan orang yang mengkritik mereka
Seorang wartawan telah menulis sebuah artikel media yang kritikal terhadap sebuah kerajaan asing. Wartawan tersebut kemudian dijadikan sasaran dalam talian melalui sebuah kempen yang terancang di bawah arahan sebuah kerajaan asing untuk memburuk dan memalukan mereka. E-mel dan akaun media sosial wartawan itu diakses tanpa kebenaran dan maklumat peribadi beliau, termasuk nombor telefon dan alamat rumah mereka, telah dihantar ke dalam talian. Wartawan itu menerima mesej berganda daripada akaun-akaun media sosial palsu yang menuntut agar wartawan itu membuang dan meminta maaf terhadap artikel media beliau.
Apakah yang bukan merupakan campurtangan asing?
Kepelbagaian pengalaman dan pandangan di dalam masyarakat berbilang budaya kami adalah satu kekuatan.
Di Australia, keterlibatan politik dan advokasi yang dibenarkan di bawah undang-undang adalah digalakkan dan dilindungi.
Semua kerajaan, termasuk Kerajaan Australia, cuba untuk mempengaruhi isu-isu dan dasar-dasar penting di Australia. Apabila ia dilakukan dalam sebuah cara yang telus dan terbuka yang menghormati orang, masyarakata dan sistem-sistem demokratik kami, aktiviti-aktiviti ini bukan merupakan campurtangan asing.
Kami mengharapkan agar kerajaan-kerajaan lain akan bertindak dengan kelakuan yang menghormati orang, masyarakat dan institusi-institusi Australia. Apabila mereka berbuat demikian, aktiviti-aktiviti mereka boleh menyampaikan sumbangan positif kepada Australia.
Bagaimana untuk mendaftar aktiviti campurtangan asing
Sesetengah aktiviti bagi pihak pelaku asing, termasuk kerajaan asing, mungkin perlu didaftarkan di bawah Skim Ketelusan Pengaruh Asing (Foreign Influence Transparency Scheme)(Opens in a new tab/window)(Opens in a new tab/window) Australia.
Soalan untuk ditanya kepada diri sendiri
Sewaktu anda menimbangkan adakah sesuatu itu merupakan campurtangan asing, tanyakan diri anda soalan-soalan berikut.