Kerajaan asing boleh menggunakan pelbagai kaedah berbeza untuk menyakinkan individu di Austrakia bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain pulang kembali ke negara asal mereka. Ini dikenali sebagai penghantaran pulang secara paksaan. Ia boleh mengambil rupa:
- larangan perjalanan ke atas individu-individu, atau keluarga dan kenalan mereka.
- pembekuan aset-aset kewangan.
- memaksa keluarga dan kenalan untuk menggalakkan seseorang individu untuk pulang ke negara asal mereka.
Mereka juga mungkin megugut untuk membawa anda pulang ke negara asal anda bagi mendakwa anda kepada pertuduhan jenayah. Ini dikenali sebagai ekstradisi.
Jika anda diugut dengan ekstradisi
Kerajaan Australia mengambil maklum bahawa sesetengah kerajaan asing menyalahgunakan permintaan penguatkuasaan undang-undang antarabangsa. Walapun Kerajaan Australia mempunyai hubungan sedia ada dengan kerajaan-kerajaan asing, setiap kes ekstradisi akan disiasat secara menyeluruh untuk memastikan para pemastautin dan warganegara Australia dilindungi daripada penganiayaan politik.
Jika anda telah dihubungi pihak berkuasa daripada sebuah kerajaan asing dan diancam dengan ekstradisi, sila hubungi pihak Polis pada 131 444 untuk memastikan hak anda untuk tinggal di Australia secara bebas tanpa gangguan tetap dilindungi.
Jika anda tertakluk di bawah sebuah waran tangkapan sah atau telah disabitkan dengan kesalahan jenayah di luar negara, Kerajaan Australia akan menggunakan saluran-saluran ekstradisi yang rasmi dan diktiraf antarabangsa. Pihak berkuasa kerajaan asing tidak mempunyai peranan untuk menghubungi atau menangkap orang di Australia sebagai sebahagian daripada proses ekstradisi itu.
Di dalam sesetengah kes, kerajaan asing dan ejen-ejen mereka mungkin akan memaksa para individu berkenaan untuk meninggalkan Australia tanpa kemahuan diri mereka sendiri. Perkara ini sama sekali tidak diterima di Australia.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali berhadapan risiko untuk dikeluarkan daripada Australia secara paksaan, sila hubungi pihak Polis pada 131 444 atau melalui sebuah panggilan kecemasan 000.