Maklumat tidak benar atau menyeleweng yang sengaja dikongsi ialah dipanggil maklumat palsu.
Kerajaan asing mungkin menggunakan maklumat palsu untuk tujuan kepentingan diri mereka sendiri. Hal ini boleh memudaratkan individu dan komuniti.
Cara mengenalpasti maklumat palsu
Bila anda sedang menentukan sama ada sesuatu itu ialah maklumat palsu atau tidak, tanya diri anda:
- Adakah ia daripada sebuah sumber berwibawa dan telah ditentusahkan oleh laman-laman berita lain yang boleh dipercayai?
- Adakah ia menggunakan bahasa beremosi dan sengaja melepas pandang fakta atau bukti?
- Adakah ia mempunyai pendirian berat sebelah yang nyata, atau gagal untuk mengambil kira pandangan berbeza?
Anda juga perlu mempertimbangkan sama ada:
- Menggunakan frasa-frasa mudah atau frasa-frasa yang bersifat emosi untuk mengungkapkan isu-isu sukar.
- Menggunakan stereotaip tanpa meletakkannya dalam konteks atau pengiktirafan.
- Merujuk kepada maklumat salah atau lapuk.
- Menggunakan tajuk yang diperbesar-besarkan dan tidak menumpukan perhatian terhadap fakta-fakta.
- Mengeja perkataan dengan salah atau menggunakan tatabahasa yang tidak tepat.
- Mengandungi gambar-gambar bermutu rendah, atau gambar-gambar yang kelihatan telah dimanipulasikan.
Pesuruhjaya eKeselamatan(Opens in a new tab/window) (eSafety Commissioner) mempunyai sumber-sumber sedia ada untuk membantu anda mengenal pasti berita palsu.
Maklumat palsu mengenai pilihanraya
Usaha untuk mempengaruhi pandangan dan kelakuan orang secara sulit dengan maklumat palsu boleh melemahkan kewibawaan sesebuah pilihanraya di Australia.
Pasukan Petugas Assuransi Integriti Pilihanraya(Opens in a new tab/window) (The Electoral Integrity Assurance Taskforce) telah menerbitkan sebuah risalah fakta mengenai pemalsuan maklumat.
Maklumat lanjut mengenai pilihanraya persekutuan Australia boleh ditemui di laman sokongan tambahan.